30 July 2010

menilai kehancuran... mengira kebejatan

Jika dahulu Amaluddin Darus pernah mendokumentasikan kegagalan demokrasi diamalkan menurut prinsip asalnya dalam bukunya bertajuk "Demokrasi atau Diktator". Kupasan beliau cukup bernas yang memberi gambaran kepada kita betapa negara asal demokrasi seperti Eropah juga gagal melaksanakan prinsip demokrasi apabila berkuasa. Demokrasi seolah-olah hanya impian kaum bawahan yang tertekan atau tertindas, ia hanya menjadi teori indah kaum tertindas kononnya jika mereka berjaya berkuasa mereka akan mengubah dunia agar menjadi lebih adil.


02 July 2010

membedah hak... menunai tanggungjawab

Penulis mengalu-alukan kedatangan mahasiswa baru yang diharapkan bakal mewarnai corak pengurusan pentadbiran UMS-KAL.

Kejayaan melanjutkan pelajaran di IPT merupakan satu kebanggaan dan kemenangan setelah jerit perit mengharungi susah payah di Matrikulasi dan Tingkatan Enam. Semua ini hanya Tuhan yang berhak menilai dan menguji sejauh mana kesanggupan itu.

02 June 2010

dalam meratah... luar membantah

Sana sini seluruh pelusuk bandar, daerah, pekan dan kampung asyik menceritakan keganasan Israel. Tak kurang juga ada yang mengherdik, menyumpah-nyumpah, memaki hamun... semuanya meluah rasa ketidakpuashatian terhadap tragedi zalim itu.

Begitu juga di dada-dada akhbar... menjadi tajuk utama perihal keganasan Israel tersebut.

23 May 2010

jangan ajak orang jadi bebal...!

Perintah tindakan undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikenakan terhadap empat (4) mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bukan sesuatu isu yang mengejutkan.

Kebal itu ada... bebal juga ada...

03 May 2010

kita belajar, mereka kurang ajar

Sudah ada tanda-tanda kelibat mahasiswa yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bertemu ibu bapa yang sudah lama tidak ketemu, berjumpa sanak-saudara yang berpisah jauh dan ada juga yang teringin untuk memeluk manja si kucing comel putih gebu.

02 May 2010

pimpin mahasiswa teraju perubahan

Halangan dan cabaran para mahasiswa dalam menjalankan kegiatan berpersatuan juga masih lagi tidak menentu. Dan ini belum ditambah dengan pelbagai karenah birokrasi pentadbiran terhadap "mereka-mereka" yang berhaluan kiri. Kita sudah ada pengalaman bagaimana pihak universiti sesuka hati membatalkan program, menyekat aliran kewangan pendapatan program, menghalang suara mahasiswa daripada didengari oleh pihak atasan dan sebagainya. Ini semua sudah kita alami dan kita mungkin sudah mempunyai pelbagai pendekatan untuk menanganinya.


 

anakbulan.com. Copyright 2009 All Rights Reserved