Itulah kata-kata yang tepat bila mana ada yang bertanyakan mengenai gambaran Tuan Guru Nik Aziz diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sudah tiada ayat selain "CELAKA" dan tiada tindakan selain "PUIITHH" kepada blogger-blogger yang menghina dan mencerminkan perkara sumbang terhadap seorang ulama'.
Belum pernah sesekali penulis membayangkan lakaran gambar itu dilakar dan disebar sebegitu rupa. Kotornya seorang perilaku sang penulis blog ini. Sungguh kurang ajar dan biadap yang tidak mengira tempat dan waktu.
Bukan sedikit gambar yang dilakar malah sebelum ini pun sudah banyak gambar-gambar tokoh ulama diperlaku sedemikian rupa. Dan, gambar liwat tersebut adalah kemuncak antara gambar-gambar itu. Inilah hasil dapatan sejak UMNO/ BN memerintah negara. UMNO/ BN bukan sekadar melahirkan tokoh agama yang "bangang" malah melahirkan pula para cendiakawan yang celaka dan biadap. Lebih parah, UMNO/ BN lah pembawa virus yang cukup ditakuti semua iaitu AIDS... A-Amalan Rasuah, I-Integriti Songsang, D-Duit Rakyat, S-Seksi Sakan...
A-Amalan Rasuah
Boleh dilihat kebanyakan pemimpin UMNO/BN terlibat dalam amalan rasuah yang nyata. Dan terbaru, mungkinkah juga Datuk Mustapha Mohamed (Pengerusi UMNO/ BN Kelantan) mengamalkan rasuah dengan menyeleweng fakta minyak Kelantan..?
I-Integriti Songsang
Hasrat kerajaan 1Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib akhirnya memeningkan "1Malaysia". Istilah Penerapan Dasar-Dasar Islam (Tun Mahathir), Islam Hadhari (Tun Abdullah) dan kini 1Malaysia memantapkan lagi kesongsangan dalam aspek melahirkan rakyat yang berintegriti. Rampas negeri, roboh Masjid, Tabal Sultan baru adalah contoh hasil kelahiran integriti yang songsang.
D-Duit Rakyat
UMNO/ BN banyak menghabiskan duit rakyat dengan menganjurkan program "Juara Rakyat". Dan disitulah UMNO/ BN memperkenalkan kehebatannya dan kejuaraannya menghabiskan duit rakyat dalam sekelip mata. Taburan wang disaat kempen pilihanraya, pembangunan "mega", wang "ihsan" dan sebagainya semuanya dipolitikkan oleh UMNO/ Bn.
S-Seksi Sakan
Bukan sahaja isteri Datuk Seri Najib seksi dan menyeksakan, malah menteri kabinet yang masuk melalui "pintu belakang" Putrajaya pun seksi juga. Siapa tidak mengenali Datuk Seri Shahrizat..? Cakapnya mengalahkan calon yang menang. Adakah ini layak untuk bercakap soal aurat..? Atau mereka semua ini tidak mampu membezakan mana aurat mana urat..?Atau mereka ini sekadar melontarkan aura agar semua ahli UMNO/ BN menyokongnya..? Ya..! aura kehebatan "jambul" dihadapan...!
Itulah sunnah yang diamalkan oleh UMNO/ BN. Tatkala ramai penganut lain mencari kelebihan kalimah Allah, UMNO/ BN meraba-raba mengumpul kekuatan diri; disaat ramai mencari kemuliaan al-Quran, UMNO/ BN masih lagi setia bersama Lord Reid...
Dimana pengakhiran sebuah parti bernama UMNO ini..? Semuanya bergantung kepada hasil "Juara Rakyat"...



