KINABATANGAN: PAS Sabah akan berusaha
menubuhkan satu tribunal bagi penyiasat penyelewengan keatas para peneroka
tanah di Koyah A yang telah dinafikan hak mereka jika Pakatan Rakyat menguasai
tampuk pemerintahan Negeri Sabah dalam PRU 13 ini.
Tribunal ini akan mempunyai bidang kuasa melakukan siasatan serta kuasa memutus yang boleh memuktamadkan arahan memulangkan kembali geran-geran tanah para peneroka di Koyah A malah dibanyak tempat lain seperti di Segaliud, Paitan, Beluran, Telupid, Merotai, Tongod dan Keningau.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah dalam
satu kenyataannya.
Menurut beliau, PAS Sabah mengikuti dengan serius pergolakan yang melanda para peneroka di Koyah A, Kinabatangan, dimana hak pemilikan ke atas tanah-tanah mereka telah dirampas secara licik oleh individu dan pemilik syarikat yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin atasan UMNO/BN.
"Bagi pihak PAS Negeri Sabah, saya menegaskan bahawa isu ini telah berlarutan selama lebih 20 tahun.
"Saya telah turut terlibat membantu para peneroka untuk mendapatkan semula hak-hak mereka seawal tahun 1994 lagi serta telah beberapa kali berusaha mengadakan pertemuan diantara para peneroka dengan 'penceroboh' tanah ini yang juga terlibat dalam operasi kuari haram di Silam, Lahad Datu," katanya.
Namun, usaha-usaha yang beliau lakukan ini telah gagal kerana 'penceroboh' tanah ini enggan bertemu dengan para peneroka, kata Hamzah.
Menurutnya, setelah meneliti Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dimiliki 'penceroboh' tanah ini, beliau membuat satu kesimpulan yang tepat bahawa didalam syarikat tersebut terdapat beberapa pemimpin UMNO yang berpengaruh memiliki saham serta duduk sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
"Disini lah punca sebenar kenapa masalah ini tidak boleh selesai dan telahpun berlanjutan selama lebih 20 tahun," kata beliau kepada Harakahdaily.
'Penceroboh' tanah ini, katanya, memiliki Sijil Anak Negeri dan mendakwa beliau sebagai seorang pribumi.

Tetapi
rekod-rekod dokumen kelahiran beliau mengesahkan bahawa beliau dan juga ayah
beliau adalah seorang pendatang dari Fujian, China.
Rekod dokumen peribadi beliau juga telah disiarkan dalam beberapa blog khususnya sabahkini.net
Tanah di kawasan Koyah A ini adalah anugerah Kerajaan Berjaya yang Ketua Meterinya masa itu ialah Datuk Harris Salleh.
Ia bertujuan supaya diusahakan oleh para peneroka yang sebahagian besarnya adalah petani dari kelompok Bumiputera Sabah yang berada dibawah paras miskin.
Masalah pencerobohan tanah di Koyah A ini timbul dizaman kerajaan PBS yang Ketua Menterinya masa itu ialah Datuk Pairin Kitingan.
Hampir 1 juta ekar tanah-tanah pekebun kecil anugerah Kerajaan Berjaya ini telah dirompak oleh tauke-tauke kroni dizaman PBS dengan cara menukarkannya kepada geran besar, dan terus berlanjutan hingga saat ini.
"Jadi, kalau tanah-tanah peneroka ini dirompak dizaman PBS yang dipimpin oleh Datuk Pairin Kitingan satu ketika dulu, maka persoalannya ialah dimana pula kedudukan Datuk Pairin sekarang?
"Maka, saya katakan kepada para peneroka, kalaulah mereka mahu mendapatkan semula hak pemilikan keatas tanah-tanah mereka, pilihan yang ada ialah dengan menumbangkan kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang ini, yang jelas telah mengkhianati amanah rakyat Negeri ini, dalam PRU 13 akan datang," tegasnya.
Hamzah yakin, Pengarah Jabatan Tanah telah bertindak diluar bidangkuasanya apabila membenarkan geran-geran bertaraf 'smallholder' yang tidak melebihi 15 ekar telah di tukar (converted) menjadi geran besar (grand title/parent title) dan meluluskannya kepada syarikat 'penceroboh' ini.
"Saya pasti ada sesuatu imbuhan yang diterima oleh pihak yang bertanggungjawab meluluskan penukaran geran tanah ini kepada dari 'smallholder' kepada 'grand/parent title'. Hanya masa dan tempat akan menentukan kedudukan sebenarnya," dakwa beliau yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Batu Sapi.

No comments:
Post a Comment