25 July 2012

SRI Al-Hafidz lancar dana wakaf pembangunan Makmal Sains Al-Quran

KOTA KINABALU: Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hafidz hari ini bakal memperoleh sebuah bangunan baru yang akan menempatkan sebuah Makmal Sains Al-Quran dan kelas pelajar tidak lama lagi.

Satu Majlis Pelancaran Wakaf untuk bangunan tersebut telah disempurnakan oleh Mudir Maahad Tahfiz Darul Abror, Ibrahim Zakaria di sini, baru-baru ini.

Selain pelancaran dana wakaf itu juga, sebanyak seratus ribu helaian risalah telah diedarkan di seluruh negara bermula awal ramadhan lalu yang diketuai oleh Mudir SRI Al-Hafidz, Anuar Ali.


Menurut beliau, pihak sekolah terpaksa mengambil keputusan untuk membeli bangunan tersebut kerana pihak pemaju dan pemilik Dapan Holdings Sdn Bhd tidak menyewakan kepada pihak sekolah.

Tambah beliau, pihak sekolah juga turut diminta untuk menjelaskan pembelian bangunan dua tingkat berkenaan yang secara keseluruhannya berjumlah RM497,500 pada ogos ini secara tunai bagi mendapatkan bangunan berkenaan.

 “Kita sangat memerlukan bangunan ini untuk menambah bilangan kelas agama, akademik dan makmal sains Al-Quran serta bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun.

“Bagi tahun pertama 2011 sahaja, bilangan pelajar sekolah ini seramai 60 orang, masuk tahun kedua  bilangan pelajar meningkat kepada 160 orang dan dijangka bilangan ini akan meningkat kepada 220 orang pelajar kerana pendaftaran untuk tahun hadapan telah pun ditutup”, ujarnya ketika ditemui di sekolah berkenaan.

Pihak sekolah katanya, telah menawarkan 5,000 lot untuk diwakafkan dengan nilai satu lot bersamaan dengan RM100.

SRI Al-Hafidz merupakan sekolah rendah islam pertama di Borneo yang mengaplikasikan tiga aliran iaitu tahfiz, akademik dan agama. Sekolah berkenaan itu juga turut menyediakan Pusat Rawatan Islam Darussyifa yang diasaskan oleh Datuk Dr. Haron Din untuk kegunaan masyarakat Islam di negeri ini.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 560214005477, Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, atau boleh menghubungi Mudir, Anuar Ali di talian 013-8560679.

No comments:

Post a Comment

 

anakbulan.com. Copyright 2009 All Rights Reserved