Sudah ada tanda-tanda kelibat mahasiswa yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bertemu ibu bapa yang sudah lama tidak ketemu, berjumpa sanak-saudara yang berpisah jauh dan ada juga yang teringin untuk memeluk manja si kucing comel putih gebu.
Itu lah setiap kali mahu pulang ke kampung, sudah terbayang cita-cita dan harapan apabila pulang nanti. Masing-masing menunggu dengan penuh sabar. Ada yang tidak sabar hingga menyebabkan peluang untuk menelaah pelajaran terganggu dek kerana terpengaruh dengan "movie" yang ditonton oleh rakannya. Ini satu lagi fenomena yang biasa. Kalau ditinggalkan pun agak janggal untuk tidak berlaku. Tidak kisah di mana pun. Hatta di cafe, perpustakaan dan ada juga sampai terbawa-bawa sambil menghirup udara petang sepoi-sepoi language di pantai..!
Ini bukan dipanggil fenomena malah menjadi trend dan budaya di alam kampus...!
Masing-masing cuba melegakan fikiran, melontar tekanan yang selama ini memenuhi setiap sudut dan pusing kepala.
Cuma...
Perkara ini perlu ditambahbaik lagi. Balik cuti ni cubalah untuk memastikan diri benar-benar bergelar mahasiswa. Tidak hanya pada kuliah, katil, cafe, komputer semata. Banyak lagi tugas mahasiswa untuk masyarakat.
Tidak cukup sekadar untuk "membuat bising" di kampus. Kerana masyarakat luar dan awam lebih memandang soal peranan, apa kerja mahasiswa semasa di luar kampus. Ini yang sering bermain dibibir-bibir mereka. Tatkala menghirup kepanasan kopi sambil mengunyah lepat pisang Kampung Bebuloh, mereka bercerita tentang mahasiswa, ini yang ditanya. Mana mahasiswa..? Apa yang mereka buat untuk kami..? Kami orang kampung... belajar pun tidak. Ada pun hanya lulusan SRP...! Yang lain..? Langsung tidak...!
Ini istimewa seorang pelajar yang bergelar mahasiswa..!
Mahasiswa yang cukup dikenali ramai. Mengapa tidak..? Dari Perdana Menteri hinggalah ke Pekerja Am Rendah, dari Putrajaya hingga ke Warung Petimah semuanya mengenali mahasiswa. Dan, yang agak aneh... ada yang takut, ada yang kecut, ada yang bersahaja bersama mahasiswa..!
Urrgghhh... sendawa nikmatnya rojak ayam di Restoran Global Ikhwan menggangu seminit.
Setiap cabaran mahasiswa hadapi. Setiap hari ada sahaja perihal mengenai mahasiswa ditekan dan menekan. Gabra dan takut sudah menjadi resam mereka yang berkuasa. Hanya sekadar amaran dan cetakan bertulis sahaja yang disampaikan tetapi tidak berani untuk turun berhadapan mahasiswa...!
Mahasiswa perlu bersatu dan mempunyai kesatuan yang kukuh...!
Ya...! Untuk menghadapi cabaran, kesatuan perlu dikukuhkan dan kesepaduan perlu disemai. Gabungan tenaga pakar-siasah, tarbiyah, akademik, kebajikan itu perlu bagi mempastikan setiap sudut perjuangan mahasiswa didasari dan dibentengi iman dan ruhiyyah. Kena jaga..!
Saya mahu 7 pemuda lasak...!
Pemuda-pemuda lasak akan saya latih dengan kekuatan kekuatan askariyyah untuk melawan dan menawan universiti nanti. Tidak ramai. Hanya tujuh (7) sahaja. Itu sudah mencukupi dan memadai untuk menggegarkan pihak universiti. Dan, lagi ramai lagi bagus. Tapi, permulaan untuk mencetuskan perubahan... berikan saya 7 sahaja..! Siapa mahu..? Hubungi saya..!
Sudah tiba masanya mahasiswa mendepani cabaran. Semua kena tahu dan maklum bahawa... AUKU bukan lagi satu ancaman besar buat gerakan-gerakan mahasiswa kini... ia lebih kepada cabaran... dan cabaran itu adalah perlawanan. Kita tidak melawan perkara baik, tapi kita menghambat dan menghalau kemungkaran serta kekejaman mereka.
Kita belajar, mereka kurang ajar...
Siapa yang mengajar kita menjadi kurang ajar..? Kalau bukan mereka..? Mereka yang perlu diajar bukan kita yang patut diterima ajar. Kita belajar dan mereka juga perlu belajar. Kita belajar untuk ummah dan masa depan, mereka belajar bagaimana untuk mengajar kita. Betulkah..?
Jika mereka mengajar kita dan dalam masa yang sama mereka juga kurang ajar dengan kita... jangan sekali-kali kita mula belajar untuk berterima kasih atas kurang ajarnya mereka itu..! Kurang ajar mereka kita yang patut ajar..! Sudah kita temui, sudah kita target. Mereka ini berlaku kurang ajar bersama kita. Hanya sekadar memberontak pada yang lemah, tapi tidak mampu berhadapan bersama kita.
Hebat sangat menunjukkan kuasa yang ada. Bodoh betul untuk menggunakan kuasa yang hebat. Sebab itu ada yang mengatakan "bijak tak boleh diikut, bodoh tak perlu nak diajar lagi".. Teringat pula kata sahabat seperjuangan "kau ni, kalau bodoh... bodoh betul..!"
Kita jumpa kita lawan...!

No comments:
Post a Comment