23 May 2010

jangan ajak orang jadi bebal...!

Perintah tindakan undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikenakan terhadap empat (4) mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bukan sesuatu isu yang mengejutkan.

Kebal itu ada... bebal juga ada...



Hampir kebanyakkan universiti begitu takut untuk berhadapan dengan mahasiswa berani yang lantang menyuarakan hak, kebebasan dan prinsip demokrasi. Mereka menggunakan segala apa kekebalan yang ada untuk menafikan ruang kebebasan, peluang demokrasi terhadap mahasiswa. Isu ini bukan isu lama. Sebelum ini pun sudah banyak yang dikenakan tindakan yang sama. Cerita yang sama. Dan, di universiti yang hampir sama.

Sama hal dan keadaan mahasiswa di Borneo. Sudah ada bibit-bibit pentadbiran universiti yang bebal, yang suka menunggang mahasiswa, meratah demokrasi dan menghiris kebebasan. Mahasiswa Borneo juga sudah lama memendam rasa. Tinggal hanya persoalan ke mana dan di mana rasa itu mahu diluah dan dimuntahkan. Itu saja...!

ok...

Ermm..pasal empat aktivis yang kena dakwa tu... penulis tak nak cakap panjang lebar lah. Sebab mereka (pentadbiran) tu tau undang-undang... Tapi masa penulis belajar Pengajian Am di tingkatan enam (6) dulu... ada menyebutkan "mana-mana peraturan yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, maka automatik ianya terbatal..." Dah sahlah undang-undang Seksyen 15 (5) (a) AUKU 1971 tu sangat-sangat tak sesuai dari dulu, sekarang dan akan datang...

Lagi pula UKM universiti popular... nak di bandingkan UKM dengan UMK, ramai yang teringin nak menyambung pelajaran di UKM... tapi nampaknya... pentadbiran UKM sama-sama bebal...!

Nampaknya sia-sia sajalah Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang dimiliki oleh Datuk Seri Khaled Nordin... Bisu, tuli, pekak sampai ke sudah tidak berani bertemu mahasiswa, tidak sanggup menjawab... yang mampu di ucapkan hanya "..pelajar akan di dakwa..."

Aduhhh... antara bebal dan bebel...

Pentadbiran yang sama bebal dengan kebanyakan Menteri-Menteri Malaysia. Hidupnya sama taraf dan sama ciri dengan semua itu. Yang beza: Menteri untuk Negara, dan mereka untuk Universiti... satu pembahagian tugas yang cukup hebat...! Sama-sama ingin melahirkan akal rakyat yang bebal, tindakan masyarakat yang bebal.

Tiada beza isu judi sukan yang diberi lesen HALAL oleh Awang Adeek dengan tindakan mereka menafikan hak mahasiswa. Satu yang jenis tak faham agama, tak reti hukum, dan satu lagi tak faham demokrasi. Anda faham bukan...?

Lepas ni Awang Adeek boleh keluarkan lesen merompak, lesen zina, lesen minum arak, lesen membunuh, lesen merogol, lesen mak nyah, lesen pelacur... mereka ini menjalankan kegiatan tanpa sah dan haram... jadi untuk selamatkan mereka dari belenggu haram, maka Awang Adeek bolehlah bercita-cita untuk memberi lesen HALAL kepada golongan ini...!

Macam tidak beragama pula Awang Adeek ni.. buat malu orang Kelantan sahaja...!

Penulis menyarankan kepada Menteri Besar Kelantan untuk melucutkan hak kerakyatan negeri buat Awang Adeek. Dia boleh cari negeri lain yang mengHALALkan judi...!

Bukan nak membebel pada yang akan bebal tapi nak membebel pada yang dah bebal...

Bodoh kan..?

Mufti Malaysia pun sama dua kali lima... Mana mufti yang lantang bersuara..? Isu murtad boleh dia bersuara, isu kalimah Allah boleh dia bersuara.. tapi bila mana isu judi sukan, membisu seribu bahasa...!

Ermm... boleh pulak Jamil Khir ulas isu lompat parti yerrr...! Boleh ke Jamil Khir ni ulas isu judi sukan...? atau sama perangainya dengan Mashitah Ibrahim yang sudah bisu itu...? Dulu bukan main hebat ulas isu hukum Allah...! Sama-sama menanti jawapan dari ulama-ulama UMNO/ BN...

Banyak-banyaknya negara kat dunia ni, Malaysia yang paling banyak Mufti... ada 13 semuanya... tapi satu pun haprak tadak guna..! Yang ada boleh dibilang, yang "makan gaji" tak terbilang...

Jadi...?

Apakah kita mahu lahirkan generasi yang bebal bersama-sama mereka..?

Tentu tidak sama sekali...!

Semua orang boleh jadi bebal... tapi jangan ajak orang untuk sama-sama bebal...!

No comments:

Post a Comment

 

anakbulan.com. Copyright 2009 All Rights Reserved