02 May 2010

pimpin mahasiswa teraju perubahan

Halangan dan cabaran para mahasiswa dalam menjalankan kegiatan berpersatuan juga masih lagi tidak menentu. Dan ini belum ditambah dengan pelbagai karenah birokrasi pentadbiran terhadap "mereka-mereka" yang berhaluan kiri. Kita sudah ada pengalaman bagaimana pihak universiti sesuka hati membatalkan program, menyekat aliran kewangan pendapatan program, menghalang suara mahasiswa daripada didengari oleh pihak atasan dan sebagainya. Ini semua sudah kita alami dan kita mungkin sudah mempunyai pelbagai pendekatan untuk menanganinya.




Masalah sekarang bukan lagi untuk memikirkan soal kebajikan yang tidak tertunai. Soal kebajikan hanyalah permasalahan sampingan yang tidak mungkin tidak perlu juga diperjuangkan. Setiap sesi sepanjang kepimpinan mahasiswa. Masalah yang perlu diubah ialah apabila pemikiran kritis yang ingin dibentuk, sikap kendiri yang hendak dilatih dan keingginan hak yang wajar ditunaikan.

Mana mungkin kita semua boleh berpuas hati dengan apa yang ada. Mana mungkin juga "gula-gula" yang diberikan oleh mereka menyebabkan kita semua alpa, leka dan lalai dengan kemanisan tersebut.

Ramai mahasiswa begitu. Sedikit yang mahu berubah.

Saya nak pesan kepada semua mahasiswa yang saya anggap sahabat di sini... jangan kita leka, jangan kita lupa... kita sudah merintis ke arah penambahbaikan hak dan posisi mahasiswa.

Antara banyak-banyak isu yang diperjuangkan kepimpinan mahasiswa, isu masalah air menjadi tajuk keutamaan. Bangga kena ada walaupun sedikit. Siapa tidak bangga..? Mahasiswa KAL disebut-sebut oleh ramai aktivis mahasiswa Semenanjung. Tidak pernah dalam mana-mana sejarah demonstrasi kampus hatta Malaysia sekalipun rakyatnya mengadakan dua kali unjuk rasa/ demonstrasi dalam tempoh masa 24 jam. Ini kelebihan yang kita ada sekiranya kita mempunyai matlamat dan harapan yang sama.

Namun kena ingat... bukan isu air yang perlu ditumpukan. Banyak lagi isu yang diperjuangkan oleh kepimpinan mahasiswa lalu yang tidak mendapat sambutan pihak pentadbiran. Isu susur gajah, isu kolej kediaman, isu yuran, isu shuttle bus, dan sebagainya. Semua isu ini sudah dimanifestokan sepanjang hari setiap kali menjelang pilihanraya. Banyaknya calon tapi sikitnya agenda. Menangnya bergaya tapi kerjanya bertangguh. Tidak bersungguh-sungguh sudah menjadi hal biasa. Beza sebelum bertanding dengan selepas kemenangan. Yang menang meraikan diri, yang kalah menyembunyikan sendiri. Dimana kekuatan dan kesepaduan kita..?

Itu yang saya sebutkan tadi, nak fikir soal kebajikan memang tidak susah. Nak bentuk mahasiswa cemerlang hak dan peranan inilah tugasnya amat berat.

Lesunya mahasiswa sekarang, lemah sendi kekuatan, sakit pemikirannya.

Inilah kelemahan yang pihak universiti tertunggu-tunggu. Mereka senang mahasiswa yang lemah, mereka suka melemahkan mahasiswa. Mereka risau akan kebangkitan mahasiswa...! Seboleh-bolehnya mereka mahu persekitaran mahasiswa ini kekal buat selamanya...! Bukan payah nak ugut pelajar... cukup tampal notis amaran AUKU sudah mengecutkan jiwa-jiwa mahasiswa yang lemah. Sekalipun AUKU langsung tidak di"update" perkembangan pindaannya.

Ini juga satu kebodohan melampau yang dapat saya utarakan. Bagaimana pihak pentadbiran yang mengaku dirinya "pandai dan bijak" menggunakan segala kedangkalan dan kebodohan mereka untuk terus memperbodohkan mahasiswa. Ini yang saya hairan...! Mungkin inilah hasil dapatan yang diperolehi setelah mengharungi 3 hari 2 malam bersama Biro Tatanegara..!

Membaca notis AUKU sudah cukup menjengkelkan. Banyak pertindihan dan juga persoalan. Siapa mahu jawab..? Jangan sampai saya sendiri yang memberi penerangan soal AUKU kepada mereka...! Di pihak mahasiswa mereka boleh menekan dan menindas. Siapa pula ingin menekan mereka..? Nah... saya memberikan semuanya kepada mahasiswa untuk menjawabnya...!

Nak cari kesalahan memang cukup mudah. Mahasiswa salah, mereka juga bersalah. Salah mahasiswa kerana menuntut hak, salah mereka kerana mempermainkan hak. Ini perbezaan besar antara mahasiswa yang tidak "mempunyai kuasa" dengan kuasa besar yang diwakili mereka yang "di atas" sana.

Semua ini mahasiswa perlu fikir. Macam mana nak bentuk mahasiswa yang berani, telus dan segar sekirannya dengan cabaran ini mahasiswa sudah lemah..?

Agenda perjuangan mahasiswa tidak berhenti setakat tangki air. Tugas mahasiswa bukan hanya dikelilingi pintu pagar kampus sahaja. Mahasiswa yang mencorak pola perubahan negara. Mahasiswa juga yang bakal memimpin negara bangsa dan ummah. Kenapa perlu dibontoti dengan senang mengiyakan dan kurang menidakkan segala kecurangan yang berlaku dihadapan mata.

Sampai bila..?

No comments:

Post a Comment

 

anakbulan.com. Copyright 2009 All Rights Reserved