02 June 2010

dalam meratah... luar membantah

Sana sini seluruh pelusuk bandar, daerah, pekan dan kampung asyik menceritakan keganasan Israel. Tak kurang juga ada yang mengherdik, menyumpah-nyumpah, memaki hamun... semuanya meluah rasa ketidakpuashatian terhadap tragedi zalim itu.

Begitu juga di dada-dada akhbar... menjadi tajuk utama perihal keganasan Israel tersebut.



Seluruh rakyat bangkit menentang dan menyatakan amarah mereka kepada puak Israel. Di sana sini kelihatan poster, banner, banting yang meminta rakyat keluar beramai-ramai menyatakan bantahan, meminta seluruh masjid-surau agar membaca doa qunut nazilah setiap kali selepas selesai solat dan sebagainya.

Tak ketinggalan juga di media-media elektronik seperti Facebook, meminta semua pengguna menggunakan latar gelap/ hitam sebagai tanda bantahan dan protes mereka. Pelbagai kreativiti dan kepelbagaian cara dilakukan.

Semua ini adalah untuk tujuan yang sama yakni untuk Israel dan sekutunya.

Sudah bertahun-tahun Palestin menderita. Bertahun-tahun perjanjian damai termeterai. Juga sudah bertahun-tahun rakyat di seluruh dunia disajikan berita mengenai Palastin-Israel.

Juga sudah nampak bertahun-tahun sandiwara Israel.
Apa yang tidak nampak lagi..? Sudah nampak semuanya sejak bertahun-tahun lamanya.

Amat mustahil kalau masih samar-samar...!

Kekejaman demi kekejaman, kezaliman meratah manusia, memburu darah merah rakyat Palestin sudah sampai ke kemuncak. Sehinggakan sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan Palestin semuanya diratah serta merta termasuklah Konvoi Kemanusiaan Sejagat...!

Apa lagi yang rakyat dunia tidak lakukan..? Semua sudah...

Boikot...?
Demonstrasi...?
Halau Duta Israel...?

Kekejaman Israel tetap sama berlaku malah menjadi-jadi... Bukan lagi "seolah-olah" bahkan menjadi makanan sajian mereka. Terlalu lazat meratah daging umat Islam yang lemah.

Mengapa...?

Sudah bertahun lamanya juga kemasukan budaya barat dalam fikiran umat Islam.

Masih segar diingatan 3S yang kini menjadi budaya umat Islam "Song-Sex-Sport". Bukan untuk mengkritik sesiapa, malah sebagai panduan dan nasihat. Kemasukan unsur-unsur sebegini sudah sebati dengan jiwa umat Islam terutama para remaja.

Lagi menghampakan semua bila mana terbongkarnya perjanjian Malaysia-US mengenai keselamatan dan kerahsiaan negara menerusi APCO Worldwide, APCO International dan AsiaSoft. Lemahnya para pemimpin negara dalam mendaulat dan menjaga maruah kehormatan negara. Sanggup bersetongkol dengan negara Yahudi daripada anak bangsa sendiri.

Apa kekuatan kita untuk menyatakan lawan terhadap Israel selepas bekerjasama dan menghabiskan berjuta-juta untuk APCO...? Sudah tergadai maruah negara, sudah tercemar kedaulatan Malaysia. Rahsia kekuatan ketenteraan, keselamatan Malaysia sudah berada di tangan mereka. Tunggu masa untuk mencetus persengketaan sahaja... (harap dijauhkan...)

Sudah terpampang juga sifat hipokrit...

Peringkat dalaman terlalu sibuk menguruskan urusan perjanjian menyokong APCO. Diluar sana, bersama rakyat menghentam regim Yahudi dan Israel.

Apa jenis ini...?

Tidakkah mempunyai rasa bersalah walaupun sedikit..? Memperbodohkan rakyat dengan laungan dan pekikan nyaring membantah kezaliman Israel.

Wang yang dilaburkan untuk itu... RM77 juta. Apakah terlalu murah bagi mereka..?

Bakal muflis tahun 2019 pula sudah agak keterlaluan. Misi negara membangun 2020 pula tinggal tanda tanya.

Subsidi rakyat yang dipersalahkan. Sesetengah rakyat pula terlalu "jahil" mengiyakan tanda bersetuju untuk dimansuhkan subsidi oleh kerajaan. Kononya tidak mahu melahirkan rakyat yang pemalas, tidak mahu bergelar bangsa subsidi dan sebagainya.

Adakah bankrap/ muflis itu selesa dikaitkan dengan pemberian subsidi kerajaan..?

Dan...

Rakyat sudah agak lama diperbodohkan oleh golongan ini.

Dalaman rakus meratah rakyat, luaran asyik sibuk membantah kerakusan terhadap rakyat...

No comments:

Post a Comment

 

anakbulan.com. Copyright 2009 All Rights Reserved