02 July 2010

membedah hak... menunai tanggungjawab

Penulis mengalu-alukan kedatangan mahasiswa baru yang diharapkan bakal mewarnai corak pengurusan pentadbiran UMS-KAL.

Kejayaan melanjutkan pelajaran di IPT merupakan satu kebanggaan dan kemenangan setelah jerit perit mengharungi susah payah di Matrikulasi dan Tingkatan Enam. Semua ini hanya Tuhan yang berhak menilai dan menguji sejauh mana kesanggupan itu.



Namun, kita juga seharusnya berbangga dengan title mahasiswa yang dikurniakan secara tidak langsung ini. Ini mencerminkan bahawa segala tindakan dan perjalanan yang bakal dilalui adalah sungguh mencabar minda dan rohani.

Sesekali menyebut beberapa siri perjuangan mahasiswa diluar sana yang masih lagi tidak mampu untuk berkata TIDAK sekalipun badai melanda. Potret perjuangan mahasiswa sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Siapa mereka itu..?

Apakah tindakan itu merupakan tindakan bodoh dan tunggul dalam mencari populariti..?

Apakah juga tindakan mereka itu membayangi bahawa maruah sudah tiada..?

Jika itu sebabnya, maka kita sudah tertipu dan ditipu...!

Suara mahasiswa tidak lagi menjadi suara pekikan berbisa.
Suara mahasiswa tidak lagi menjadi suara lolongan berpengaruh.
Suara mahasiswa masih dihantui misteri.

Politik nilai yang tidak bermakna...

Sekadar mengambil contoh kes kezaliman pihak Menteri Pengajian Tinggi yang menggugut mahasiswa KUIS, Ahmad Syukri Kamaruddin yang juga sahabat seperjuangan. Hanya kerana seorang mahasiswa yang lantang, maka semua mahasiswa baru KUIS tidak mendapat PTPTN. Inilah wajah sebenar pihak PTPTN yang hanya mampu menjadi boneka kepada kezaliman pemerintah.

Belum lagi mengambil kisah kes penahanan mahasiswa Sains Politik UKM yang ditahan semasa pilihanraya Hulu Selangor baru-baru ini. Satu tamparan hebat buat Khaled Nordin yang dianggap "pekak" dan "tuli" apabila YB Nasir Zakaria (AP Padang Terap) agar dimansuhkan program Sains Politik berkenaan. Apa tidak..?

Jika mahasiswa kedoktoran, boleh turun ke hospital-hospital untuk menjalani latihan, jika mahasiswa pendidikan boleh turun ke sekolah-sekolah... masakan tidak mahasiswa Sains Politik tidak dibenarkan untuk terjun ke medan lapangan bagi menilai sejauh mana proses demokrasi sesebuah negara berlangsung.

Inilah kebobrokan kerajaan pemerintah yang bersikap zalim lagi kejam.

Pemerintah yang mempunyai dua wajah...

Satu wajah untuk Tuhan-Nya, satu lagi wajah untuk sekutunya.

Bagi mereka yang beragama Islam, sudah pasti bahawa Islam tidak mahu kehidupan manusia ini terbahagi dua. Sebelah untuk Allah, manakala sebelah lagi untuk taghut. Islam juga tidak suka kepada fahaman dualisme tengik seperti ini. Dualisme yang mencelakakan kehidupan umat Islam selama ini.

Fenomena ini memaparkan kehidupan dalam dua bentuk: sekejap sebagai Muslim di masjid, sekejap lagi dalam interaksi ekonomi, sosial dan politik sebagai manusia yang jauh dari sifat Islam.

Mereka tidak pedulikan sesiapa. Dasar mereka..? Yang penting adalah "AKU". Orang lain boleh pergi jahanam...!

Mahasiswa Sedar...

Justeru, mahasiswa perlu sedar bahawa lapangan ini bukan kerja yang menarik minat jika tidak disertai dengan daya usaha. Laluannya sukar dan beralung.

Sesekejap boleh jadi jatuh, boleh juga tergelincir langsung tidak berdaya untuk bangkit kembali...

Hak dan peranan perlu ditunai agar ianya dapat dinikmati keaslian bersama wajah yang ceria di pengakhiran sebuah kejayaan...

Namun, adakah bercakap soal hak dan tanggungjawab itu satu kesalahan...?

No comments:

Post a Comment

 

anakbulan.com. Copyright 2009 All Rights Reserved