KOTA KINABALU, 7 Mac: Bela Tabah Rakyat Sabah (Tabah)
hari ini memberitahu Himpunan 123 Bangkit pada Isnin depan telah
mendapat ‘lampu hijau’ oleh pihak polis.
Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, kebenaran itu daripada
Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria dalam satu perjumpaan
di sini, kelmarin.
“Kami telah mendapat maklum balas dan pandangan positif mengenai
perhimpunan ini dan lampu hijau yang diberikan itu adalah sesuatu yang
baik untuk rakyat Sabah menyuarakan pandangan,” katanya dalam satu
sidang media.
Menurut beliau, beberapa pertubuhan politik tempatan turut menyatakan
pedndirian positif dengan memberi sokongan terhadap himpunan tersebut.
“Himpunan ini turut mendapat respons positif terutama dari
parti-parti politik PAS, DAP, PKR, SAPP serta beberapa NGO dan badan sukarela
yang lain. Ini satu perkembangan yang baik,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai bilangan kehadiran semasa himpunan tersebut,
beliau memberi keyakinan bahawa sasaran 5,000 orang akan tercapai.
“Kita memberi keyakinan, sasaran menghimpunkan 5,000 orang akan tercapai.
Perhimpunan 123 Bangkit yang akan diadakan di kawasan lapang
berhampiran Anjung Selera, dekat Wisma Innoprise, Isnin depan juga bakal
diadakan di luar negara termasuk United Kingdom dan Timur Tengah.
“Himpunan ini akan diadakan serentak di seluruh negara termasuk di
luar negara. Ramai anak-anak Sabah yang berada di luar sana, mereka mahu
ikut serta sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Sabah,” jelas beliau.
No comments:
Post a Comment