KOTA KINABALU, 16 Jan: Rakyat di negeri ini diajak
untuk bersama Pakatan Rakyat membina sebuah negeri dan negara yang
maju, adil dan beramanah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 memandangkan
Umno BN sudah tidak berdaya dan lemah dalam membangunkan nasib dan hak
rakyat.
Ketua Penerangan, Mohd Julpikar Abd. Mijan berkata, selain kenyataan
penghinaan pemimpin Umno BN terhadap Sabah sebagai deposit tetap,
terdapat juga beberapa faktor yang membenarkan rakyat untuk memastikan
Umno BN terutama dinegeri ini ditumbangkan.
“Rakyat Sabah perlu sedar bahawa, kekerapan beberapa kenyataan yang
keluar dari mulut pemimpin Umno BN yang menjadikan Sabah sebagai fixed
deposit (deposit tetap) merupakan kenyataan berbaur penghinaan dan tidak
layak untuk dituturkan oleh seseorang pemimpin yang memiliki jiwa dan
berhati rakyat,” jelasnya.
Beliau berkata, hasil bumi dan kekayaan Sabah yang tinggi berbanding
di negeri-negeri lain seluruh Malaysia dan dalam masa yang sama, kadar
kemiskinan rakyat Sabah yang tinggi juga menimbulkan tanda tanya
mengenai pembangunan rakyat yang dibawa Umno BN negeri ini.
“Semua kita maklum bahawa, Sabah mempunyai hasil kekayaan yang
tinggi. Lebih tinggi daripada mana-mana negeri yang ada di Malaysia ini.
“Tapi, apakah kita percaya bahawa Sabah juga mencatatkan kadar
kemiskinan yang jauh lebih tinggi juga berbanding di negeri-negeri
seluruh Malaysia. Ikut dari logik dan matematik, semakin tinggi hasil
hasil dan kekayaan bumi maka semakin senanglah hidup rakyat,” kata
Julpikar.
Katanya, kegagalan kerajaan negeri menguruskan masalah setinggan di
negeri ini menambahkan lagi jurang pendapatan dan keselesaan yang
dialami rakyat.
“Isu setinggan, sampai sekarang tidak mampu ditanggani dengan baik oleh kerajaan negeri.
“Projek-projek perumahan banyak didirikan, namun kehidupan rakyat
masih dihantui kesempitan dan ketidakselesaan mengurus kehidupan,”
ujarnya.
Beliau turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa penghuni setinggan
yang dipindahkan ke pusat penempatan turut dihalau keluar akibat
kesempitan membayar sewa dan kemudahan infrastruktur yang lain.
“Kita (PAS) mempunyai maklumat dan bukti yang benar mengenai isu ini.
Penghuni setinggan yang tidak mampu bayar sewa di penempatan baru
terpaksa dihalau keluar.
“Beginikan caranya pihak kerajaan menyelesaikan masalah?” katanya dalam nada kekesalan.
Keseriusan Ahli Parlimen Sabah menyuarakan hak dan kebajikan rakyat
negeri ini juga dipertikai memandangkan kegagalan mereka menyuarakan dan
membangkitakan isu ini di Parlimen.
“Kita (PAS) melihat, terdapat beberapa Ahli Parlimen yang lantang
menyuarakan kebenaran... yang lain hanya angguk dan geleng mengatakan
‘yes bos’.
“Sudahlah enak menikmati gaji dan elaun yang tinggi, duduk pula di
kerusi-kerusi empuk dan tilam yang lembut. Tapi, amat lembap dan lemah
meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.
Katanya, Sabah akan menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dan
dinaungi kerajaan adil yang beramanah sekiranya Pakatan Rakyat diberi
peluang memimpin negeri ini dan negara secara keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment