PENSIANGAN, 13 Dis: PAS Sabah hari ini membangkitkan
persoalan mengenai ketiadaan pemain Sabah dalam skuad bola sepak negara,
‘Harimau Malaya’ dan ‘Harimau Muda’.
Ketua
Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman dalam kenyataan yang dikeluarkan
kepada Unit Media PAS Sabah melahirkan dukacita kepada pemain bola sepak
tempatan Sabah yang tidak mendapat tempat bukan sahaja mewakili negeri malah
negara secara keseluruhannya.
“Kami,
diperingkat PAS Sabah melahirkan dukacita dengan perkembangan ini.
“Bukan
atas faktor layak atau tidak, tapi apa yang diusahakan barisan Menteri Sukan
Sabah dan Ahli Parlimen Sabah untuk melihat situasi ini, dan jangan memandang
ianya suatu yang bersifat rasis,” katanya.
Beliau
turut mempersoal kelibat wakil rakyat Sabah terutama ahli Parlimen dan Menteri
Sukan Sabah yang ‘kurang berminat’ dengan bola sepak dan lebih kepada isu
nasional yang lain.
“Ini
hak anak Sabah yang perlu dipertimbangkan, sama ada baik mahupun sebaliknya.
“Usaha
ke arah ini perlu ada… bukan kita mahu mendabik dada kita ada pasukan dan
pemain terbaik. Tapi, perkembangan ini merupakan sesuatu yang tidak sihat
berlaku. Tiada salah sekiranya gabungan antara negeri-negeri di Malaysia ini
termasuk Sabah membentuk pasukan kebangsaan muda negara,” ujarnya.
Katanya
lagi, anak muda Sabah yang mempunyai potensi dan bakat dalam bola sepak tidak
mempunyai jalan untuk mengetengahkan bakatnya untuk ditonjol dan diasah
peringkat negeri.
“Ada
di kampung-kampung, mereka ini boleh pergi jauh. Tapi jauh ke arah mana… kita
sendiri tidak tahu.
Apa
wakil rakyat Sabah melihat ini satu cabaran atau satu peluang?” katanya.
PAS
katanya, bersama Pakatan Rakyat akan memberikan suntikan baru bukan sahaja
kepada anak muda Sabah mengetengahkan bakat dalam dunia bola sepak, malah akan
memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik berbanding UMNO dan Barisan
Nasional yang ada pada hari ini.
“Kita
tidak mahu lihat lagi, Sabah berada seolah-olah dianaktirikan oleh kerajaan
yang sedia ada,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment