PENSIANGAN, 2 Dis: Sebanyak 21 pasukan dalam Kejohanan
Bola "Orang Kampung Geng Kita", terbuka liga sembilan sebelah sedang
bertungkus lumus bagi merebut Piala Pusingan YDP PAS Pensiangan.
Perlawanan
akhir kejohanan tersebut akan diadakan 10 Disember 2011 di Lugayan, Sook dekat sini.
Menurut
Yang DiPertuanya Hishammuddin Sulaiman, tujuan program ini adalah bukan sahaja untuk
memupuk budaya yang sihat dalam sukan bola sepak malah, menyemarakkan rasa
kekeluargaan pemimpin bersama rakyat.
“Semua
orang tahu apa itu bola. Sudah menjadi sebati bola menjadi kelaziman permainan
anak muda,” katanya.
Menurutnya,
PAS serta remaja dan anak muda kampung sekitar ingin terus semarakkan semangat
anak-anak muda menyertai kejohanan ini.
Kata
Hishammuddin, kejohanan yang julung kali diadakan di sekitar Sook mendapat
sambutan yang menggalakkan dan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
“Kita
melihat, masyarakat semakin mendekati kita. Dan, kita menerima mereka seperti
keluarga sendiri tanpa mengira siapa pun dirinya,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment