KOTA KINABALU, 7 Dis: Dewan Pemuda PAS Sabah menyeru
rakyat dinegeri ini sekali lagi berani membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum
13 akan datang demi kebaikan dan kesejahteraan tanah air.
Ketua
Penerangannya Mohd Zulfikar Abd Mijan
menyatakan dengan tegas bahawa kemajuan dan kekayaan negeri Sabah ini tidak
setimpal dengan apa yang rakyat dapat daripada perkara tersebut.
Katanya,
kemenangan rakyat Selangor dalam membentuk kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya
tidak dipandang sepi kerana banyak manfaat dan keadilan yang diperoleh.
“Pilihanraya
2008 lalu, menyaksikan perubahan drastik rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.
Selangor yang dahulunya dicengkam hebat Barisan Nasional, berjaya ditembusi
Pakatan Rakyat.
“Ini
kemenangan rakyat. Sudah berpuluh tahun rakyat Selangor mengimpikan kerajaan
kebajikan dan hari ini, dapat dirasai semua rakyat Selangor,” katanya.
Menurut
Zulfikar lagi, rakyat Sabah merupakan rakyat yang berani membuat perubahan.
Sabah yang sebelum ini pernah dipimpin oleh beberapa parti sebelum Barisan
Nasional bakal menyaksikan kejatuhan BN yang selama ini rakus mengaut
keuntungan tanpa perhitungan besar buat Sabah.
“Rakyat
Sabah ialah rakyat yang berani membuat perubahan. Justeru, saya mengajak sekali
lagi untuk saya dan rakyat Sabah semuanya untuk membuat perubahan yang lebih
besar,” ujarnya.
Beliau
memberi contoh mengenai kekayaan Selangor yang dibuat pengagihan sama rata
untuk kesenangan rakyatnya. Rakyat Selangor kini menikmati 20 meter padu air
percuma, pemberian bantuan pendidikan kepada anak Selangor yang berjaya
melanjutkan pelajaran di universiti dan sebagainya.
Melihat
kepada perkara tersebut, beliau tidak menolak bahawa kekayaan hasil bumi yang
dimiliki Sabah pada hari ini mampu memberikan yang jauh lebih baik buat
rakyatnya.
“Apa
kita tidak malu dengan pengumuman Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia?
Kita marah dengan kerajaan Persekutuan yang hanya tahu mengaut keuntungan hasil
bumi Sabah tapi tidak tahu bagaimana nak mengurus rakyat,” katanya.
No comments:
Post a Comment