KOTA KINABALU, 28 Dis: Seluruh jentera pemuda PAS
dan Unit Amal Sabah hari ini diminta bersiap sedia menghadapi
kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan rendah di seluruh
daerah di negeri ini.
Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar)
berkata, pihaknya akan menempatkan petugas yang terdiri dikalangan
petugas PAS dan Unit Amal di setiap bilik gerakan bagi kemudahan orang
ramai yang menghadapi banjir.
"Kiita akan bersiap sedia. Bilik gerakan akan dibuka dengan jumlah
kakitangan dan petugas yang mencukupi. Bantuan perlu sampai kepada
rakyat,” jelasnya.
Beliau turut menasihatkan penduduk yang kerap dilanda banjir untuk
melakukan persiapan awal bagi mengelakkan pelbagai kejadian tidak
diingini berlaku.
“Patuhi arahan pihak berkuasa. Pindah apabila diminta berbuat
sedemikian. Simpan barangan berharga ditempat yang tinggi dan awasi
anak-anak,” nasihat Julpikar.
Selain itu, pengguna jalan raya turut dinasihatkan agar merancang
pemanduan dan destinasi yang ingin ditujui berikutan cuaca yang tidak
menentu.
Menurut Jabatan Meteorologi, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat
dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis
ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Kawasan terlibat di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan,
Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi
di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.
No comments:
Post a Comment