KOTA KINABALU, 31 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
(DPPNS) menuntut penjelasan penuh daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah (JHEINS) berhubung aliran perbelanjaan sejumlah RM 1.7 juta yang
disalurkan untuk perbelanjaan menaik taraf lima buah sekolah berasrama penuh.
Ketua
Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan mendakwa, berdasarkan Laporan Audit
2010 menunjukkan secara jelas adanya berlaku penyelewangan terhadap sejumlah
peruntukkan yang diberikan untuk kerja-kerja menaik taraf sekolah berkenaan.