KOTA KINABALU, 16 Okt:
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) yang komited dan serius terhadap
isu penjualan pulau Sabah ke pihak asing, hari ini melancarkan kempen
Selamatkan Pulau-pulau Sabah.
Ketua
Dewan Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu berkata, Pemuda PAS Sabah
bersama-sama dengan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda
PAS Malaysia menganjurkan kempen bagi mengutip tandatangan rakyat Sabah bagi
memberi sokongan membantah penjualan Pulau Montokud, Pulau Pandanan dan Pulau
Mengalum.
“Pemuda
PAS Sabah akan membuat satu petisyen bantahan untuk dihantar kepada
Ketua
Menteri selain membawa isu ini ke Parlimen untuk dibahaskan,” katanya
pada satu
sidang media sempena pelancaran kempen Protes Barang Naik (Protes BN)
dan kempen Selamatkan Pulau-pulau Sabah di Pejabat PAS Putatan, Kota
Kinabalu pagi tadi.
Beliau
juga mendedahkan bahawa, masih terdapat hampir 500 buah pulau di Sabah yang masih tidak
bernama.
Pada
30 September yang lepas, DPPNS beserta Pemuda DAPSY dan Angkatan Muda Keadilan
(AMK) Sabah telah menghantar memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Musa Aman.
Bagaimanapun
memorandum tersebut hanya dapat diserahkan kepada Setiausaha kepada Setiausaha
Politik Ketua Menteri berikutan ketiadaan Musa Aman ketika itu.
Sebelum
ini, pendedahan oleh sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa ketiga-tiga pulau
terbabit, Pulau Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101
hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar)
US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira
tujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal berkata kerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan, tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan milik persendirian.
Pelancaran
tersebut turut dihadiri Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany
Hamzan; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Saudara Abang Ahmad
Kerdee Abang Masagus; Pengarah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO, Pemuda PAS
Malaysia, Yusni Md. Piah; Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
(JUHAM) PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa’ad Khizaimi; barisan peguam PAS Malaysia
dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah.
No comments:
Post a Comment