KOTA KINABALU, 30 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
(DPPNS) hari ini mengesa dan mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun
Razak untuk meminda dan mengkaji Akta Tentera 1972, yang disifatkan sebagai
menzalimi anggota tentera peringkat bawahan.
Ketua
Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar)
mendakwa, Kementerian Pertahanan perlu mengkaji serta membuat pindaan terhadap
akta tersebut memandangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah
diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
“Akta
ini tidak adil kepada anggota tentera kerana bersifat zalim. Akta ini tidak
melibatkan kepada pegawai tertinggi,” dakwanya kepada Sidang Media selepas
Perasmian Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Kota Kinabalu Kali Ke-21 di Dewan Sa’adah,
Wisma MUIS disini pagi tadi.
Beliau
menambah, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang sama rata kepada semua
anggota tentera dan tidak tertumpu kepada anggota bawahan sahaja.
Pada
25 Oktober lalu, beliau mendakwa berlakunya penindasan dan penyelewangan terhadap
anggota apprentice Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketika
diminta mengulas isu berkenaan, beliau mendakwa kerajaan sudah menghabiskan
berbillion ringgit disebabkan penyelewengan dan penindasan tersebut. Dakwanya,
kerajaan dan TLDM perlu memberi penjelasan lanjut dan bukannya berselindung
mencari pelbagai alasan.
“Sekiranya
kerajaan dan TLDM telus dan bersungguh memperjuangkan hak dan kebajikan anggota
tentera, maka PAS mencabar supaya isu ini dijawab dalam masa tujuh hari.
Kerajaan tidak perlu khuatir terhadap pendedahan ini,” cabarnya.
Beliau
juga meminta agar pihak pengurusan tertinggi TLDM tidak gelabah dan ‘melenting’
kerana penindasan tersebut juga melibatkan kepentingan anggota yang terdiri
daripada golongan belia.
“PAS
komited kepada golongan belia. PAS sama sekali tidak mempolitikkan isu ini,
kerana PAS sudah sedia maklum sebagai parti yang memperjuangkan hak dan
kebajikan rakyat,” jelasnya.
Tambah
beliau, walaupun skim berkenaan telah dimansuhkan oleh TLDM dan hampir 200
daripada 1,000 pelatih telah berhenti namun anggota yang berhenti tersebut
wajar menerima pampasan dan ganti rugi terhadap penindasan tersebut.
“Mereka
ini perlu diberikan pampasan dan ganti rugi. Mereka ini berada dikalangan
mereka yang ditindas dan kerajaan yang menindas perlu bertanggungjawab,”
ujarnya.
No comments:
Post a Comment