KOTA KINABALU, 25 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
(DPPNS) hari ini mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia ke
atas anggota apprentices Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Menurut
Ketua Penerangannya, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan, terdapat hampir 1000 anggota
apprentices TLDM dibawah Skim Apprentices
Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai
berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan
apa yang dijanjikan sebelum ini.
“Ramai
anggota tidak diberikan pangkat Petter
Officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka”, jelasnya kepada sidang
media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu pagi tadi.
Tambahnya,
terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap
pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.
Beliau
mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam
perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan
pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.
“Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat
kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan
menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan
anggota dalam perjawatan.
“Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak
menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain,”
ujarnya.
Beliau
menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal
perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil
bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka
di UTM.
Penindasan
skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan
peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.
“Mereka
tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk
mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain,” katanya.
Selain
dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut
untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa
tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.
“Ini
terang-terangan, pihak TLDM adalah dayus dengan memaksa mereka ini tandatangan
borang perjanjian. Mereka dipaksa menandatangani bagi menutup salah laku
pengurusan TLDM,” tegasnya.
Dakwa
Zulfikar, walaupun perkara ini berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun
Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan
ini katanya, wajar dijawab oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.
Zulfikar
menambah, pihaknya akan meneruskan saman keatas pihak TLDM dan Kerajaan
Malaysia atas dakwaan penyelewengan dan penindasan tersebut. Walaupun pihaknya
sudah mengemukakan saman pemula pada Februari lalu, namun ditolak oleh peguam
atas alasan yang tidak munasabah.
Dokumen
penyelewengan tersebut juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Saudara Mohd
Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen.
Sidang
media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Pengguna
dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Saudara Mohd Firdaus Jaafar;
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu dan pimpinan pemuda
PAS Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment