15 October 2011

Pemuda PAS Sabah lancar kempen Protes BN

KOTA KINABALU, 16 Okt: Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, Dewan Pemuda PAS Sabah mengajak seluruh warga di negeri ini bersama mereka dalam kempen membantah kenaikan harga barang.

Kempen Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN tersebut dilancarkan oleh Lajnah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Dewan Pemuda  PAS Malaysia (DPPM) di Pejabat PAS Putatan, Kota Kinabalu pagi tadi.
 

Pengerusinya, Saudara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, Protes BN adalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung peningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.

"Saya pasti bahawa semua rakyat merasai bebanan kenaikan harga barang ini,” katanya.

Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh pelusok negeri Sabah termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah.

Mengulas mengenai caj tambahan 6% terhadap pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM  bagi semua syarikat telekomunikasi, Ahmad Kerdee memaklumkan kemungkinan besar caj tambahan tersebut akan berkuatkuasa awal tahun hadapan.

Sehubungan itu rakyat ujarnya diseru untuk bersama dalam usaha menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan melalui kempen ini.

Turut hadir majlis pelancaran tersebut ialah Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan; Pengarah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO, Pemuda PAS Malaysia, Yusni Md. Piah; Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa’ad Khizaimi; Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu; barisan peguam-peguam PAS Malaysia, wakil Pemuda PAS Putatan dan ahli PAS Sabah.

No comments:

Post a Comment

 

anakbulan.com. Copyright 2009 All Rights Reserved