KOTA
KINABALU, 26 Okt: “Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar
memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah”. Itulah cabaran Pemuda PAS Sabah
kepada Kerajaan Negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu
berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh
sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu (gambar) berkata PAS mengambil
pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai
kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan
akan datang.
“Kenapa
pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada
sesebuah negeri?”, soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota
Kinabalu, pagi tadi.
Kata
Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua
Menteri, Musa Aman bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan
pulau tersebut
“PAS juga
akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen,” ujarnya.
Tambahnya,
kempen “Selamatkan Pulau-Pulau Sabah” yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu
akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS
Malaysia.
“DPPNS
menyeru agar masyarakat turut sama beramai-ramai membantah aktiviti penjualan
khazanah negara ini dengan menandatangani petisyen secara online di laman http://www.thepetitionsite.com/1/save-sabahs-islands,”
jelasnya.
Kempen
mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh
Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri
Sabah.
Beliau
juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal
ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan
pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.
Sebaliknya,
beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak
rakyat maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.
Dalam
sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara
Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai
memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.
“Jangan tahu
perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu,” sinisnya.
Sidang media
tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai, Saudara Mohd Firdaus Jaafar dan
kepimpinan Pemuda PAS Sabah.
No comments:
Post a Comment