KOTA KINABALU, 16 Okt: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi
Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia, hari ini menempelak kerajaan
Malaysia kerana gagal menghalang kedaulatan dan khazanah Negara daripada terus
dicerobohi.
Pengarahnya,
Saudara Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, kerajaan seharusnya mengambil
pendirian tegas terhadap sebarang pertindihan, perebutan, penjualan serta apa
jua aktiviti yang membabitkan kedaulatan negara.
“Kita
merasa kecewa kerana kedaulatan dan khazanah negara terus dicerobohi tanpa
campur tangan yang serius dari pihak kerajaan”, katanya semasa sidang media sempena
pelancaran kempen Protes Barang Naik (Protes BN) dan kempen Selamatkan
Pulau-pulau Sabah.
Beliau
mendakwa bahawa, isu penjualan tiga buah pulau di Sabah adalah rentetan
kegagalan pihak kerajaan menyelesaikan isu hak dan kedaulatan negara dengan
baik.
Tambahnya,
beliau juga menyokong penuh usaha Pemuda PAS Sabah dalam menyuarakan isu tersebut
ke peringkat nasional.
No comments:
Post a Comment