KOTA KINABALU, 22 Nov: Anggota keluarga mangsa yang ditahan
pihak polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah baru-baru ini
menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Penyerahan
itu dibuat di pejabat suruhanjaya itu di Kota Kinabalu kepada Pesuruhjaya SUHAKAM,
Jannie Lasimbang kira-kira jam 9 pagi kelmarin.
Turut
mengiringi penyerahan itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah
Mohd Aminuddin Aling, Ketua Penerangan, Hisammudin Sulaiman serta Ketua Pemuda
Lahirul Latigu.
Dalam pertemuan sejam dengan SUHAKAM itu, anggota keluarga menuntut pihak SUHAKAM campur tangan dengan mendesak tahanan dibebaskan segera.
Dalam pertemuan sejam dengan SUHAKAM itu, anggota keluarga menuntut pihak SUHAKAM campur tangan dengan mendesak tahanan dibebaskan segera.
"Keluarga
mahu pihak SUHAKAM jumpa tahanan. Kita dapat maklumat, kemungkinan mereka yang
ditahan akan dipaksa mengaku bersalah," katanya yang juga Pengerusi Lajnah
Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Menurutnya,
keluarga juga melahirkan kebimbangan jika mangsa yang ditahan itu dibawa keluar
dari Kota Kinabalu sama ada ke Kuala Lumpur atau ke luar Sabah.
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam mendakwa kumpulan 13
individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini amat
berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.
Menurut
beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak
takut mati" dan "mahu mati jihad" dan menyifatkan isu penahanan
13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika
ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.
Hishammuddin
juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit
khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan
letupan.
Tuduhan jahat
Mengulas
lanjut, Mazlan berkata tuduhan oleh Hishammuddin itu berniat jahat dan
mendahului siasatan.
Menurutnya, anggota keluarga dalam pertemuan dengan SUHAKAM juga memaklumkan, mereka yakin mangsa tidak terlibat dengan aktiviti keganasan seperti didakwa oleh pihak KDN.
Menurutnya, anggota keluarga dalam pertemuan dengan SUHAKAM juga memaklumkan, mereka yakin mangsa tidak terlibat dengan aktiviti keganasan seperti didakwa oleh pihak KDN.
"Saya
yakin mereka ditangkap untuk disiasat, tetapi bagaimana boleh menteri membuat
kesimpulan mendahului siasatan polis.
"Bagi
saya, ini sangkaan berniat jahat yang memalukan mangsa dan keluarga
mangsa," katanya sambil mendesak mangsa tahanan dibawa ke mahkamah segera
jika dibuktikan bersalah.
No comments:
Post a Comment