KOTA KINABALU, 8 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
(DPPNS) menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ketuanya,
Lahirul Latigu berkata, langkah pemansuhan tersebut dianggap wajar apabila memperlihatkan keadaan masyarakat
luar bandar terutama kawasan pedalaman Sabah yang begitu daif dari struktur
bahasa dan kemudahan yang banyak mempengaruhi potensi penggunaan PPSMI tersebut
“Keadaan
di Sabah terutamanya, boleh dinilai secara mudah. Bagaimana kita mahu
meneruskan PPSMI ini sedangkan pelajar-pelajar luar bandar masih lemah
penguasaan bahasa Inggeris dan kepakaran guru-guru menguasai PPSMI pun dilihat
kurang.
“Lihat
sahaja di kawasan pedalaman Sabah yang mana bukan sahaja keadaan sekolah yang usang,
malah kemiskinan juga menghantui proses PPSMI tersebut,” katanya.
Beliau
juga tidak menolak masih ramai guru-guru terutama dikawasan pedalaman yang bukan
sahaja berhempas pulas mendidik pelajar-pelajar pedalaman, malah terpaksa juga
melaksanakan pengajaran dua subjek berkenaan dalam dwi bahasa.
“Kita
percaya, masih ramai dikalangan guru-guru yang terpaksa menggunakan dwi bahawa
dalam proses pembelajaran dua subjek berkenaan. Ini sekaligus menyebabkan
bebanan yang terpaksa ditanggung oleh guru-guru semakin bertambah,” ujarnya.
Sementara
itu, Ketua Peneranganya Mohd Zulfikar Abd. Mijan berkata, Menteri Pelajaran
harus mengotakan janjinya bagi memansuhkan PPSMI yang berkuatkuasa tahun 2012.
No comments:
Post a Comment