KOTA KINABALU, 10 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
(DPPNS) hari ini menyelar sikap pemimpin Barisan Nasional yang disifatkannya
sebagai “nampak kuman diseberang laut,
gajah didepan mata tidak dipandang”.
Ketua
Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar) mendakwa, ramai pemimpin UMNO dan
Barisan Nasional seolah-olah sudah buta mata dan telinga dan mati akalnya
setelah mempolitikkan kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalam
sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang mengatakan hasrat DAP untuk
mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaan
pusat.
Beliau
turut menjelaskan bahawa, setiap keputusan mahupun hasrat yang dikeluarkan oleh
individu dalam parti yang mewakili Pakatan Rakyat adalah bukan keputusan tepat.
Sebaliknya, keputusan hanya diputuskan oleh ketiga-tiga parti dalam komponen
pakatan tersebut.
“Ini
hanya hasrat, perbincangan dan keputusan hanya berdasarkan kesepakatan
ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurutnya,
tiga parti utama yang bergabung dalam Pakatan Rakyat merupakan intipati utama
yang harus menjadi prioriti berdasarkan setiap keputusan yang bakal
diambil.
“Janganlah
bila ada orang dalam parti ini menyuarakan hasrat, terus nak kaitkan dengan
keputusan pakatan… itu tidak betul,” jelasnya.
Sambil
menyoroti kembali pendedahan penindasan terhadap hampir 1,000 anggota
apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau mendakwa bahawa
kerajaan UMNO/ BN sebenarnya sudah lama mempelopori penindasan dan penghinaan
penjawat awam.
“DAP
belum perintah Malaysia pun lagi. UMNO/ BN ni dah perintah lama lebih 50 tahun,
tapi isu ni pun dia nak sebarkan. Apa kes dengan isu pemberhentian 1,000
anggota perintis TLDM itu? ujarnya.
Pada
26 Oktober lalu, Pemuda PAS Sabah telah melontarkan cabaran kepada Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan
bagi menjawab persoalan dan perkaitan berbangkit berhubung penindasan anggota
apprentices yang didakwanya diberhentikan tanpa suara hak dan pembelaan.
Walaubagaimanapun,
lontaran cabaran tersebut sehingga ke hari ini tidak diendahkan oleh pihak
berkenaan dan mendakwa penindasan tersebut merupakan peristiwa benar berlaku.
Kenapa
sampai sekarang tidak ada suara-suara pemimpin TLDM dan kementerian menjawab
isu ini? Apakah takut sekiranya isu ini benar?, ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment