KOTA KINABALU, 8 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
(DPPNS) menyumbang 11 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Aidiladha tahun ini.
Sumbangan
tersebut telah disalurkan ke seluruh Sabah, antaranya Keningau (4 ekor), Putatan
(2 ekor), Tawau (2 ekor) ,Sepanggar (1 ekor), Kota Belud (1 ekor) dan Beaufort
(1 ekor).
Ketuanya
Lahirul Latigu berkata, hasil daging korban akan diagihkan ke kawasan
sekitarnya untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat setempat.
“Sumbangan
itu akan diagih-agihkan kepada masyarakat Islam setempat,” katanya.
Beliau,
yang ditemui ketika mengedarkan sumbangan korban di Pulau Gaya bagaimanapun
berharap agar seluruh masyarakat saling bekerjasama dan mengeratkan tali
persaudaraan sepanjang masa.
“Setiap
daripada kita harus memperkukuhkan tali persaudaraan dan bersikap toleransi
dalam setiap tindakan. Amanah dan jujur dalam menguruskan hak rakyat mesti
tersemat dalam diri,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment