KENINGAU, 10 Nov: PAS Kawasan Pensiangan hari ini
melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap Kementerian Pembangunan Luar Bandar
yang lewat menyiapkan projek naik taraf jalan Sinua dekat Sook, Keningau.
Yang
DiPertua PAS Kawasan Pensiangan, Hishammudin Sulaiman mendakwa pihaknya amat
kecewa dengan sikap kementerian terbabit kerana lewat menyiapkan naik taraf
jalan berkenaan yang hanya sesuai untuk kenderaan kereta kebal sahaja.
“Kami
berasa kecewa dan sedih kerana rakyat melalui jalan yang tidak berturap yang
sesuai dilalui untuk laluan kereta kebal,” jelasnya.
Menurutnya,
kesan balingan batu yang jelas dilihat dipapan tanda projek berkenaan juga
membuktikan bahawa kemarahan rakyat sudah mencapai kemuncak.
“Ini
merupakan kesan balingan batu, kesan kemarahan rakyat terhadap jalan yang tidak
dibina dan pembangunan yang dibuat oleh Barisan Nasional,” katanya.
Dalam
perkembangan lain, PAS Pensiangan juga menyumbang sebanyak 40 kepingan zink
kepada Kg. Sinaron, Terusmadi untuk digunakan bagi pembangunan surau di kampung
tersebut.
Turut
hadir memberikan sumbangan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS
Selangor, Husni Zaim Mohmadan dan seluruh pimpinan PAS Kawasan Pensiangan.
No comments:
Post a Comment